Monday, February 6, 2012

Smart Tips #2 | Tips Suara Merdu



hai..hai..hai..pe habaq semua? semua ape habaq? huhu..
hari ni aku nak share tips yang mungkin berguna untuk anda semua.
Semua orang impikan suara merdu kan..kan..kan..

Ade yang dah merdu secara semula jadi..tu kelebihan yang Allah bagi.
yang belum nak merdu tu jom try tips ni..hehe


  • menjerit di dalam bekas yang berisi air.



tips menjaga suara yang korang boleh lakukan kat rumah :


  • meminum air suam

  • Selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan

  • elakkan minum minuman berais dan bergas

  • kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Juga kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi coklat ataupun coklat untuk dimakan

  • amalkan minum madu asli setiap pagi

  • amalkan meminum air asam jawa buatan sendiri

  • kurangkan memakan makanan berminyak atau bergoreng

  • jangan merokok






hihi..aku rase ni dah melencong dah ni..ok.
ni cara yang korang boleh buat sendiri kat rumah..budak darjah satu pun boleh buat..kuikuikui..

okay.dah ready semua??
Mari kita mulakan.

ambik dua biji limau nipis.
perahkan ke dalam cawan..
ok,dah?? tak jumpa limau nipis?? haa..gi pinjam dengan jiran sebelah tu..
----------
ok,dah pinjam?bagus..hihi..kita sambung.
pastu, tambahkan sikit garam dan kapur.
tambah pulak satu sudu madu asli.

kacau semua sebati dan minumlah sampai habis.
Insyaallah,dengan izinNya,suara korang akan sedap.
Semua di tanganNya.

selamat men"try"..
muehehehehe..bye!

Saturday, February 4, 2012

Mudahnya Seorang Wanita Masuk Ke Syurga


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )



Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.


Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.






credit : Islamituindah

sekadar berkongsi dengan kaum adam dan hawa di dunia.. :)
 
Copyright reserved by Farhana Animin. Designed by Amanina.