Sunday, January 29, 2012

Smart Tips | #1 Tips Keringkan Kasut Sekolah Last Minute


Hai semua..selamat tengah hari bagi yang bace entry aku ni waku tengah hari, slamat petang untuk yang bace waktu petang dan selamat malam untuk yang bace entry aku waktu malam. *kihkihkih..
Bila cakap pasal zaman sekolah,ape yang korang ingat??
buku tulis?
homework yang sekian lame tak siap?
hajat nak ejas awek kelas sebelah tapi tak kesampaian??
haha..
kasut?? yee..bagus cik melah ni..

Bila masuk je cuti sekolah,perkara yang aku paling malas sekali nak buat ialah cuci kasut..
dan bila cuci kasut last minute mulelah tak kering. Nak-nak lagi cuci hari Ahad,dan time tu jugaklah nak hujan..memang aku hangin satu badan.



selalunye orang jemur kasut macam ni lah..kuikui..kalau nasib malang kasut tu jatuh masuk dalam longkang..*muehehehe..


Bile kasut korang tu masih lagi lembap-lembap dan tak moh nak kering,
ape kate korang ambik surat khabar lame tu,sumbat penuh-penuh dalam kasut sekolah tu..dan letakkan di tempat yang kering.
Takpun satu lagi bila dah sumbat penuh-penuh dengan surat khabar lame tu letak kasut korang yang wangi-wangi tu dekat belakang peti sejuk..memang kompem kering..

Bagi yang dah tahu tu tahniah ek..yang belum tahu tu try la buat..insyaallah menjadi..



ok lah..esok nak sekolah dah..selamat mencuba..bye! :)

Saturday, January 28, 2012

Fakta Menarik Tentang Manusia



Assalamualaikum semua.. Perghh!! baru hari ni aku dapat bernafas dengan tenang dan bagus..muehehehe.
Homework pun tak siap lagi,nota bio adoi. Punyelah bertimbun.
Dan maafkan aku sebab tak dapat nak follow korang secara serentak. Nak online ni pun jarang-jarang. Almaklumlah nak SPM..ni pun aku type habis laju dah.same laju dengan kereta F1 tu.. *ngehngeh
OK. tanpe berceloteh panjang lebar mengalahkan orang nk bagi ceramah. Aku nak share sikit something yang menarik.




26 Fakta Menarik Mengenai Manusia







  1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
  2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
  3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.

4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
11. Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295  kali ketika makan malam.
12. Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
13. Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.
14. Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
15. Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
16. Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
17. Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
18. Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
19. Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
20. Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
21. Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
22. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
23. Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
24. Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
25. Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.

26. Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.


credit to top5reason.. :) ok,bye!

p/s : sedihnye cikgu bio aku nak pindah..
 
Copyright reserved by Farhana Animin. Designed by Amanina.