Sunday, June 3, 2012

Smart Tips #4 | Menjaga Kuku

Assalamualaikum semua. Lame dah tak berkesempatan online ni. Nak berblogwalking pn tak sempat lagi,letih gila-gila ni. Bila nak update blog ni kena cepat-cepatlah type macam kilat. huhuhu..
Lame dah tak kongsi tips dengan u allz ni. Jadi hari ni aku nak share tips yang memang dan sememangnye penting.
Cuba tengok kuku tangan dan kaki korang tu, cantik tak? buruk tak? hihi..bersih ke..kotor ke..
kuku sebenarnya salah satu aset yang penting jugak bagi kita. Setahu aku lah,perempuan je yang ambil berat pasal kuku ni.tapi lelaki tak. hehehe..jangan marah haa..nanti kena jual.

Kadang-kadang aku terfikir sendiri kenapa ramai orang suka 'hias' kuku diorang. Memang tak dinafikan cantik,tapi kesian jgak kat kuku tu,tak dapat nak bernafas dengan sendiri..hihi..

kreatif betul..kihkihkih..


ni antara jenis-jenis kuku dan cara penjagaannye..

1. Kuku yang rapuh dan kering

Sebab- kekurangan vitamin A,kalsium dan zat besi
Untuk merawatnya, banyakkan makan makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan.Kerap urut kuku dan jari-jemari dengan krim pelembap.
Selain tu boleh jugak amalkan sapu minyak zaitun pada kuku. Biarkan selama setengah jam sebelum bersihkan. Ulangi seminggu sekali



2. Kuku yang halus dan lemah

Sebab-penggunaan pembersih kuku yang kesannya amat kuat selain gen atau keturunan.
Makan banyak makanan yang mengandungi kadar protein yang tinggi,kalsium dan zat besi yang tinggi.



3. Kuku tanduk

Sebab-pertumbuhan kuku yang terhalang kerana memakai kasut yang sempit atau ketat. Biasanya kuku tebal dan keras serta di bahagian tepinya pecah-pecah dan bewarna kuning atau hijau atau kecoklatan.
Cari kasut yang sesuai dengan kaki anda.




secara umumnya untuk menjaga kuku,

☻Potonglah kuku bila dah panjang, bagi yang ada angan-angan nak simpan kuku panjang tu lupakanlah ye. Tak cantik pun simpan kuku panjang-panjang ni,lagipun untuk yang beragama Islam memang takde pun suruh simpan kuku panjang. ;)

☻rendam kuku kaki dan tangan dalam bekas yang ada air suam selama 15 minit. Kiranya macam merehatkan kuku la. Gunakan berus lembut untuk membersihkan celah-celah kuku dan basuh dengan sabun lembut sebelum memotong.

☻Potong kuku tangan mengikut bentuk kuku dan potong kuku kaki lurus agar bahagian tepi kuku tidak menikam isi.

☻ Dan yang paling penting minum banyak air untuk kuku yang sihat dan kuat. Bukan air manis,tapi air masak. Faham tak air masak tu air ape? air mineral,air minum,air mati,air suam dan sewaktu dengannye.hehehe..




Jadi, marilah kita menjaga kuku kita untuk kesejahteraan hidup bersama..huhuhu..Bye.. :)

4 comments:

 
Copyright reserved by Farhana Animin. Designed by Amanina.