Sunday, February 26, 2012

Smart Tips #3 | Belajar Saat Akhir



hai..hai..hai..ape khabor semua?? sihat-sihat belake?
Dengar citer Lisa Surihani dah kahwin dengan Yusri..siape yang tak tahu lagi,angkat tangan??
Tahniah k.lisa..semoga bahagia sampai ke akhir hayat.. :)

Entry kali ni aku type sepantas yang kilat..*trettt!!! ayat kau salah!!
entry kali ni aku type sepantas kilat..*muehehehe..
sebabnye kejap lagi nak hantar adik aku gi open tournament netball.
aku jadi tukang sorak dan pengomen yang tegar..huhu..

Dah lame jugak rasenye tak update blog..
Kadang2 kehausan idea lerr..
Nak2 lagi otak aku tengah jem dok mkir pasal exam yang tinggal lagi 2 hari je..

disebabkan aku nak exam ni..aku nak share some tips yang mungkin korang boleh guna..
haih..kena copy paste lagi la..xde mase betul nak rewrite..maaf ye penulis original..nak cepat.. :)




TIPS BELAJAR LAST MINUTE...



1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk


2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.


3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.


4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.


5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.


6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.


7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.


8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.



itu sahaje rasenye.oklah..nak pergi tengok adik aku main..tata..bye!

Saturday, February 18, 2012

Entry Kotor | Korek Hidung | Baik dan Buruknya

Amaran!! Entry Kotor ! Kalau Dah Ade Tanda-tanda Nak Muntah Tu Cepat-cepat Tekan 'X'

kena tipu semua. jangan tekan huruf X tapi pangkah kat tab tu. muahahahahaha...





Haloo semua. Bertemu lagi kite. Update entry ni pun rushing. 
Hari ni seharian aku di UCSA sebab ade Seminar Skor A. Almaklumlah..nak menjadi pelajar cemerlang,pelbagai usehe yang wajar dilakukan.. *wahh!!baru habis dengar slot bm trus guna bahasa baku u. hehehe..

Then, lunch tadi makan Mcd. puas hati tp kalau dah perut melayu memang nak nasi jugak.hihi..

ok.stop!
Nak cerite pasal korek hidung ni. Sorry la agak kurang bersih entry aku ni tapi inilah kenyataan.
ngehngeh..
Ini fakta, memang rakyat malaysia ade korek hidung. Entah-entah abg-abg yang tengah bace entry sy ni mesti sambil korek hidung kan? hihihi..gurau je..jangan marah haa..
Memang aku bercadang nak update pasal perkara ni pun,search kat google dan keluarlah di blog abg sorang ni. Disebabkan aku malas nak memerah otak dan idea untuk type, aku copypaste je ape yang aku jmpe di blog brader ni.

Oh ye.jangan lupe lawat blog die ek.




Kan sunnah Rasulullah s.a.w tuuuu.. Sunnah ada mengatakan bahawa (lebih kurang gini la sabda baginda); "Bersihkanlah rongga hidungmu setiap kali kamu bangkit dari tidurmu. Sesungguhnya syaitan dan jin amat suka bergayutan di setiap bulu hidungmu yang kotor."


tengok sunnah kat atas tu?



Time tidur

Kita tak sedar beb dah berapa banyak habuk-habuk.. hama-hama.. debu-debu.. sawang labah-labah yang kecik-kecik tu.. serangga-serangga halus 'menyelinap' masuk ke dalam rongga hidung korang. Sentuh dengan jari pun tak rasa beb. Halus bebenor. Nak nak kalau bilik atau tempat tidur korang tu berhabuk macam stor kayu. Pergh! Maunya berkilo-kilo 'bijih' korang boleh keluarkan dari rongga hidung korang. Silap-silap korang leh 'kiok' time tidur sebab hidung tersumbat atau sesak pernafasan. Haha!


Kerja kat tempat-tempat yang berhabuk

Yang ni takleh nak sangkal la kan. Nama pun dah tempat berhabuk. Of koz la korang bakal menyedut udara yang penuh berhabuk dan berdebu. Dulu, semasa aku kerja di kilang besi Perwaja, maunya berkilo-kilo debu besi aku keluarkan dari rongga hidung aku beb. Bukan besar-besar debunya. Halus woooo.. Setiap tahun kena buat medical check-up. Kang tak pasal-pasal ada kanser payudara plak.. eh! Silap. Kanser paru-paru laaaa.. Haha!

Bagusnya korek hidung.

Sesetengah orang mungkin geli tengok orang korek hidung depan mata dia. Tapi diri sendiri tak plak rasa geli. Kehkehkeh. Tapi korek hidung ni bagus sebenarnya beb. Bagus kalau kena pada tempatnya la. Jangan la plak time orang makan, time tu la korang nak korek hidung. Kalau tak pinggan hinggap di muka, mungkin kapak melekat kat kepala korang. Haha!


Amalkan korek hidung selepas bangun tidur. Time mandi pun boleh. Siap boleh basuh lagi. Lagipun takde orang tengok atau nampak kita tengah 'stim' korek hidung kan.

Lelaki dan perempuan biasanya berbeza. Bab-bab tak senonoh ni kalau perempuan memang payah orang lelaki nak nampak depan mata. Mereka biasanya banyak cover jeeee.. Yelah. Cuba korang korek hidung depan awek korang. Maunya awek korang sound, "Oi tak senonohlah you ni korek hidung! Depan I pun you nak buat benda yang tak senonoh!"

Korang sound je balik, "Alaaa.. macam la you tu tak korek hidung. Ke you tu biarkan taik idung you menjadi 'bijih timah' dalam rongga idung you?" Dan teruskan aktiviti mengorek hidung korang sambil pejam mata. Tengok la awek korang tu respons apa.

Atau...

Korang sound je balik, "Alaaa you niii.. you tak sayang I ke? Nanti kalau I tak korek immediately, nanti hidung I tersumbat. I mati sesak nafas depan you, macam mana? You takkan nak biarkan?" Dan teruskan aktiviti mengorek hidung korang sambil pejam mata. Tengok la awek korang tu respons apa.

Ayat 'cover' dari awek korang mesti ada punyalah! Haha!

Tak bagus korek hidung.

Sebenarnya situasi kat atas tu benda yang tak bagus pun. Yelah. Tak senonoh aihhhh! Korek hidung depan orang plak. Yang ada satu perangai ni memang pengotor. Lepas korek, buang 'sisa-sisa kumbahan' dia tu kat tempat yang sepatutnya. Contohnya dalam rumah ke.. atas meja makan ke.. kat sofa ke.. atas seat motosikal ke.. dalam bekas air tempat korang mandi ke.. kat tempat pemegang escalator ke..


Kalau jenis yang macam ni, aku bagi hikmat penyepak tanpa banyangan je beb. Kihkihkih!

Aku nak tanya korang. Be honest la wei! Korang sehari korek hidung berapa kali? Kihkihkihkih! Cara bagus ke cara yang tak bagus? Kihkihkih!

Jadi.. moh ler kite ramei-ramei korek idong dengan cara yang berhemah! Yeahhh..!


Sumber: Korek Hidung: Bagus Dan Tak Bagus | Blog Aduka http://aduka5.blogspot.com/2011/09/korek-hidung-bagus-dan-tak-bagus.html#ixzz1mjbNmOE5
Under Creative Commons License: Attribution



Jangan marah saya ye abg. ok.tq. bye!

Friday, February 17, 2012

Rahsia Tahi Lalat


Lame betul tak update blog. Busy bangat kebelakangan ni. Hari sabtu minggu lepas aku gi merentas desa peringkat daerah di UIA, tapi malangnye aku lari dalam keadaan demam. So takde rekod la.. :P

Ok,tanpa melalut banyak hari ni aku nak share satu rahsia. Dok gode-gode internet ni tadi terserempak dengan benda alah ni. *tunggang langgang ayat bm. FAIL!! ngehngehngeh...
Sape yang bace je boleh tahu, lepas bace jangan bagi tahu orang lain sebab ni rahsia. Ok,bace sorok-sorok..jangan kasi orang sebelah nampak * dalam nada separuh berbisik..muehehehehe..




Rahsia Tahi Lalat

1. Tahi Lalat di kepala
  • Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala
  • Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
  • Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
  • Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
  • Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata
  • Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
  • Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
  • Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
  • Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
  • Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga
  • Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk
  • Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
  • Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
  • Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
  • Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
  • Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah p********* (yang ni pun taknak cerita..hihi)
19. Tahi lalat di atas pusat
  • Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
  • Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
  • Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
22. Tahi lalat di K**************** (consored) aku tak nak cerita..hihihi

23. Tahi lalat di betis
  • Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
24. Tahi lalat di kaki
  • Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
25. Tahi lalat di tangan kiri
  • Dipermudah rezekinya.
26. Tahi lalat di tangan kanan
  • Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
27. Tahi lalat di pinggang
  • Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
  • Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
29. Tahi lalat atas bibir, di bibir
  • Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.



Adoii..tak cukup pulak 30. Yang ke-30 tu korang cari lh sendiri ek tempat mane yang takde dalam list aku kasi ni..kuikuikui.. Just For Fun. Sharing Is Caring kan..

Credit : informasi.com

thx. bye!

Monday, February 6, 2012

Smart Tips #2 | Tips Suara Merdu



hai..hai..hai..pe habaq semua? semua ape habaq? huhu..
hari ni aku nak share tips yang mungkin berguna untuk anda semua.
Semua orang impikan suara merdu kan..kan..kan..

Ade yang dah merdu secara semula jadi..tu kelebihan yang Allah bagi.
yang belum nak merdu tu jom try tips ni..hehe


  • menjerit di dalam bekas yang berisi air.



tips menjaga suara yang korang boleh lakukan kat rumah :


  • meminum air suam

  • Selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan

  • elakkan minum minuman berais dan bergas

  • kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Juga kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi coklat ataupun coklat untuk dimakan

  • amalkan minum madu asli setiap pagi

  • amalkan meminum air asam jawa buatan sendiri

  • kurangkan memakan makanan berminyak atau bergoreng

  • jangan merokok






hihi..aku rase ni dah melencong dah ni..ok.
ni cara yang korang boleh buat sendiri kat rumah..budak darjah satu pun boleh buat..kuikuikui..

okay.dah ready semua??
Mari kita mulakan.

ambik dua biji limau nipis.
perahkan ke dalam cawan..
ok,dah?? tak jumpa limau nipis?? haa..gi pinjam dengan jiran sebelah tu..
----------
ok,dah pinjam?bagus..hihi..kita sambung.
pastu, tambahkan sikit garam dan kapur.
tambah pulak satu sudu madu asli.

kacau semua sebati dan minumlah sampai habis.
Insyaallah,dengan izinNya,suara korang akan sedap.
Semua di tanganNya.

selamat men"try"..
muehehehehe..bye!

Saturday, February 4, 2012

Mudahnya Seorang Wanita Masuk Ke Syurga


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )



Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.


Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.






credit : Islamituindah

sekadar berkongsi dengan kaum adam dan hawa di dunia.. :)

Friday, February 3, 2012

Contest I Love Being Awesome


hai.hei,hui.hoi.hii semua. Ape kabor? sihat tak ni?
bile dah jadi spm candidate ni memang semuanye berubah. Betul ke tidak?
sebabnye semakin hari makin busy aku. hohoho.
jadual aku bile hari sekolah *sekolah,netball,buat hwork,tido*
woo..memang letih. ni pun baru training 4 hari netball pinggang aku dh lebam-lebam sebab over sangat.
kuikuikui..

jadi,bile dapat online ni terpakse menghadkan mase untuk buat macam-macam.
nak update pun terhad masenye.
omomomo..
ok.tanpa membuang waktu yang begitu berharga dalam keidupan kita di dunia yang penuh pancaroba ini *ceiitt,ayat gramatis gile kot
aku di invite untuk join contest ni..



senang je..ape kate korang klik je banner kat atas tu untuk matlumat lanjut.
contest sampai 29 februari. cepat tau.. ;)




p/s : sape yang pergi seminar dekat auditorium UCSA agkt tangan????hihi



ok.bye!

 
Copyright reserved by Farhana Animin. Designed by Amanina.